MACAM MANA CARA NAK BELI SAHAM SYARIKAT GERGASI DUNIA MENGGUNAKAN MAYBANK2U
Kali ini nak berkongsi pula langkah pertama jika nak beli saham Google, Apple, Microsoft dan saham-saham jenama gergasi yang lain.
Senang saja...
---
1. Jika dah buka akaun CDS, whatsApp dekat remisier/broker anda dan minta dia bukakan akaun Foreign Trading / Cross Border Trading.
2. Jika belum buka akaun CDS, sila berlari ke bank pelaburan berhampiran atau hadir ke Seminar Berani Melabur di SACC, Shah Alam Sabtu ini atau di Seminar Labur Saham yang akan berada di 45 lokasi seluruh negara. Boleh belajar sekali A-Z :)
---
Bila dah buka akaun ini maka bolehlah jual beli saham-saham di pasaran antarabangsa seperti Nasdaq, New York Stock Exchange (NYSE), SGX (Singapura), HKEx (Hong Kong).
Halal ke? Eh saham-saham seperti Microsoft, Google (Alphabet Inc), Apple adalah patuh SYARIAH.
Terdapat banyak pros & cons untuk pelaburan saham luar negara ini. Anak-anak muda yang ada iPhone tu kalau banyak duit terlebih, beli lah saham Apple, seunit baru RM670.08.
Tapi saham-saham syarikat dekat Malaysia pun belum beli.....kan? kan?
Seperti biasa, ini CONTOH sahaja....
www.asriahmadacademy.com